Mainan Tuju Getah |
Para Getah di bina untuk letak getah pertaruhan |
Gundu atau Tagan |
Getah2 itu akan diletakkan di atas para tersebut yang akan di tuju/tembak menggunakan " gundu atau tagan'"...Pemain sekurang2nya 2 orang, lebih ramai lebih bagus.
Permainan dimulakan dgn melempar gundu tagan ke depan...gundu paling jauh akan mula tuju para getah dulu dari tempat gundu tagan berada.
Getah2 yang jatuh dan tidak 'karan' akan dimiliki oleh pemain yg menjatuhkannya.
Getah2 yang jatuh dan tidak 'karan' akan dimiliki oleh pemain yg menjatuhkannya.
Inilah permainan aku di hari cuti Sabtu dan Ahad sepanjang musim main getah. Sebenarnya bagi aku permainan ni agak bagus juga, kerana permainan ini ada falsafah mengira, menyusun strategi dan kemahiran menganggar sesuatu jarak dengan tepat. Ada juga unsur Melankolik apabila ada yang menangis teresak-esak disebabkan kalah. Dan adanya juga unsur riak dan takabur bagi mereka yang menang. Uiyoooo...!, gelang getah sampai siku... Memang "happening" dan pening mainan ni.....
Banyak lagi mainan lain..nanti aku cerita di episod lain ye.....Jom , kita minummm duluu...
No comments:
Post a Comment