Saturday, April 19, 2014

Episod 11 - Susur Galur Keturunan ku

Sebagai jenerasi MAT RIAU yang ke 4, sedikit sebanyak aku rasa bertanggung jawab ke atas keturunan ku, especially sebelah ayahanda ku Yacop Bin Yusop Bin Mat Riau Bin Uda Tando Bin Panglima Dato Jerih.  Tak di duga rupa nya aku ni ada keturunan darah Panglima. Kalau di teliti dari nama Allahyarham Monyang ku MAT RIAU, besar kemungkinan beliau berasal dari kepulauan Riau Indonesia, sebab pada penilikan aku, orang dahulu kala meletak sesuatu nama yang mempunyai makna tempat umpama nya.....

Panglima Silat Pulut

Tapi bukan lah itu yang aku agungkan, kerana sekuat mana manusia masih ada yang lebih kuat, se gagah mana manusia akhir nya akan mengadap Robbul Jallil...di Sana hanya bekalan amalan yang di berkati akan menjadi kekuatan...Wallahhuaqlam.

Telah lama aku menjejaki Saudara ku yang terdahulu dan saudara ku yang terkemudian. Aku cuba untuk satukan semua nya di dalam satu rangkaian susur galur keturunan ku..walau sedikit tapi lebih baik dari tiada langsung. Aku berdoa agar generasi ku akan menyambung susur galur ini hingga ke Akhir Dunia agar tidak seorang dari darah daging ku yang hilang asal usul mereka........



Nenda Kesayangan Ku  Allahyarham Yusop Bin Mat Riau dan Nenda Tiri Ku Allahyarhamah  Pah Halimah bersama 3 orang cicit - Al Fatehah buat Nenda ku Berdua.



Untuk informasi tentang Family Tree Mat Riau sila klik link di bawah ini.