Saturday, April 19, 2014

Episod 11 - Susur Galur Keturunan ku

Sebagai jenerasi MAT RIAU yang ke 4, sedikit sebanyak aku rasa bertanggung jawab ke atas keturunan ku, especially sebelah ayahanda ku Yacop Bin Yusop Bin Mat Riau Bin Uda Tando Bin Panglima Dato Jerih.  Tak di duga rupa nya aku ni ada keturunan darah Panglima. Kalau di teliti dari nama Allahyarham Monyang ku MAT RIAU, besar kemungkinan beliau berasal dari kepulauan Riau Indonesia, sebab pada penilikan aku, orang dahulu kala meletak sesuatu nama yang mempunyai makna tempat umpama nya.....

Panglima Silat Pulut

Tapi bukan lah itu yang aku agungkan, kerana sekuat mana manusia masih ada yang lebih kuat, se gagah mana manusia akhir nya akan mengadap Robbul Jallil...di Sana hanya bekalan amalan yang di berkati akan menjadi kekuatan...Wallahhuaqlam.

Telah lama aku menjejaki Saudara ku yang terdahulu dan saudara ku yang terkemudian. Aku cuba untuk satukan semua nya di dalam satu rangkaian susur galur keturunan ku..walau sedikit tapi lebih baik dari tiada langsung. Aku berdoa agar generasi ku akan menyambung susur galur ini hingga ke Akhir Dunia agar tidak seorang dari darah daging ku yang hilang asal usul mereka........



Nenda Kesayangan Ku  Allahyarham Yusop Bin Mat Riau dan Nenda Tiri Ku Allahyarhamah  Pah Halimah bersama 3 orang cicit - Al Fatehah buat Nenda ku Berdua.



Untuk informasi tentang Family Tree Mat Riau sila klik link di bawah ini.


Friday, January 25, 2013

Saga - Episod 10



                      Dah lama jugak teman tak memBLOG..hari ni terasa bosan dan sunyi pulak, tak bz mcm biasa. Nak tido pun anak-anak dok bising bermain di luar. Sambungan sesi persekolahan Darjah satu di SK Beruas. Kenangan persekolahan banyak terselit di kotak minda, namun mustahil teman nak cerite keseluruhan nya.
                      Teman langkau ke Darjah 5 terus lah. Masa ni agak dah senior sikit. Tengok gelagat budak-budak yang baru masuk darjah 1 buat aku tersenyum sendiri. Darjah 5 teman terpaksa study hard sikit untuk duduk Ujian Penilaian Djh 5. dalam amsa yang sama teman aktif sukan di sekolah, terutama olahraga. Acara kegemaran teman ada lah 100m lari pecut, 4x100 "pass baton" dan acara lompat jauh.
                       

            Tapi masa tu sapa boleh beat Azini Kholidi atau Mail Kijang..2 nama ni memang top bab lari..Cheetah pun surrender. Tapi tak kisah la, janji teman dapat lari di padang sekolah yang penuh "bobby trap" tu. Masa tu teman mewakili Rumah Hijau. Antara rumah lain yang ada ada lah Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning. Zaman sekarang ni tak "main" Rumah Warne dah...deme Gune nama kereta Nasional. Perdana, Saga, Iswara , Satria dan yang sewaktu dengan nya.

                Begitu la juge dengan Lompat Tinggi..teman "cium kentut" je le. tak peronah dapat hadiah. Tapi bila dah naik Darjah 6, teman jadi wakil sekolah dalam acara 100 meter dan 4 X 100 meter tukar baton. Masa tu terasa mcm Rabuan Pit je..atau pun sekarang ni Hussain Bolt.. HEBATTT!! ( perasan lebih ..)


                       Selain dari acara olahraga, teman juga main sukan Sepak Takraw dan Bola Lisut. Nak main permainan yang padang besor tak larat rasa nya ( mcm org tua la pulak ). Permainan ni pun teman wakil sekolah. Tak lew hebat mana pun, tapi dah tak de yang minat, cikgu terpakse le pilih mana yang berminat. Bile lawan sekolah luor asyik kalah je..Tak pe..semangat mau kuat..kalah dengan bergaya gitu..Posisi teman dalam Permainan Bola Lisut ada lah "Pitcher" teman minat posisi ni....Stylo wo!



         Begitu lah serba sedikit kisah teman semasa di sekolah rendah. Lepeh ni teman nak cerite pasei akademik dan sosial teman masa di sekolah rendah pulak,,ada sesuatu yang komer nak tahu nanti...tunggguuuuuuuuu!!

Tuesday, December 18, 2012

Saga - Episod 9

                   Aku nak KIV dulu cerita pasal permainan kanak-kanak aku..Kali ni aku nak bawak komer kisah BERSAWAH PADI. Mungkin ada yang tahu, dah ada yang tak tahu betapa susah nya aktiviti bersawah ni. Betapa susah nya untuk mendapatkan beras bagi keperluan seharian. Nampak mudah, pergi kedai atau hyper market, beli sekampit dua , dah siap untuk di tanak. Bila makan nasi tak abes, buang sewenang-wenang nya. Kalau di rumah, buleh juge "lempor" ke belakang dapur buat santapan burung atau binatang lain makan. Kalau bela ayam itek, tak le membazir sangat. Tapi jangan sampai kambing atau lembu bodohkan kita sebab bagi deme tu makan nasik....

               
                      Masa aku kanak-kanak lagi, pak aku ajar aku dan anak-anak lain menghargai beras dan nasik. Dia selalu kata " kesian nasik..nanti dia merajuk, dia terobang pergi gunung bubu, lain kali kita dah tak de nasi..makan jangan "ghemah-ghemah" makan tu. "Ghemah-ghemah" tu maksud nya berterabur .

                     Disini aku akan ceritakan aktivity yang di gunapakai oleh pak aku dalam proses menanam padi. Ikut gaya tersendiri dan bukan mengikut cara moden sekarang ...Aktiviti bersawah di mulakan dengan membajak sawah. Di bendang pak aku, dia gunakan penajak, dan tidak menyewa kerbau bajak atau pun mesin bajak jenama KUBOTA sebab bendang kami tak besor mana pun..satu ekar suku je. Untuk jimatkan kos, pak aku bajak sendiri je.

Ni lah KUBOTA

                      Kubota ni di guna kan kalau tanah bendang tu luas..kalau nak gune penajak dan menajak sendiri, mau tercabut lengan. Tapi ada jugak orang gune penajak ni untuk menajak sendiri sampai ber ekar-ekar..deme tu bela hantu raya kot..hehehe ( gurau je..! )

Ini pulak Penajak

                   Penajak pak aku ni tajam giler beb! lepas menajak, dia akan asah semula gune batu asah cap Dayak. Lepas tu jangan sapa usik..dia simpan elok-elok. Pak aku ni memang cermat menyimpan peralatan dia. Maklum la, nak dapat satu pun susah.Tu yang dia cermat dan sayang sangat barangan dia. Aktiviti bersawah bermula dengan proses "MENAJAK" atau "MEMBAJAK"

                    Selesai menajak, pak aku akan sediakan satu tapak semaian padi. Di tapak ni dia akan tabur padi yang telah siap di "anginkan" . Nanti aku akan cerita proses "MENGANGIN PADI" Bermakna setiap biji padi yang di tabur ada lah yang terbaik dan berisi. Zaman tu pak aku suka tanam padi jenis "Malinja" dan "Mahsuri"

Gambar Hiasan : Anak Semaian Padi

                     Apabila anak semaian dah besor, tiba masa untuk proses mencabut semaian dan mencuci akar pokok padi supaya bersih dari tanah dan lumpur agar mudah untuk di tanam. Ini di lakukan di masa musim "MENANAM"..waktu ni aku juga turut menolong mak dan bapak aku mencuci semaian dengan mengetuk akar padi ke sebatang kalu yang di pacak bagi mengasingkan tanah dan lumpur. Ada kala aku terjerit-jerit apabila lumpur mercik masuk ke mata aku. Teraba raba mencari air bersih untuk cuci mata.

                  Setelah Semaian di cuci, aku akan ikat beberapa cekak pokok padi dan melempar ke arah mak dan pak aku yang sedang menanam. Aktiviti ini lah yang paling aku suka. Sebab kadang2 aku "mendajai" mak aku dengan membaling pokok padi hampir dengan dia. Air mercik, mak aku tension kadang-kadang tu sambil menjerit ke arah aku. Aku suka tengok gelagat mak aku..aku sekadar ingin bergurau, dan mak aku pun tahu aku nak bergurau dengan dia. Dalam keadaan penat, gurauan tu amat penting supaya tak terasa penat sangat. Dekat pak aku, tak berani la aku buat, sebab pak aku ni garang sikit. Silap2 di benam nye aku dalam lumpur..hihihih.......

Proses "MENANAM" padi


                                                                   
                Alat yang di gunakan untuk menanam padi ada lah " KUKU KAMBING"..zaman tu semua kambing hilang kuku..kesiannnnn...heheheh just kidding. Nama je kuku kambing, tapi bukan le kuku kambing betul...

Kuku Kambing
Ia digunakan untuk menanam padi. Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Sementara di bahagian hujung besi terdapat cabang seperti kuku kambing.


              Selepas proses "MENANAM" ,pokok padi perlu di jaga rapi. Proses "MERUMPUT" dan "MEMBAJA" perlu di laksanakan. Supaya pokok padi jadi subur. Alat yang di gunakan untuk merumput di panggil "KERI" atau "tajak duduk" dan "PENCAKAR". Keri di guna untuk memotong rumput, manakala pencakar di guna untuk menghimpun rumput yang telah di potong dan juga alga atau rumput-rumput apong.

Tajak Duduk @ KERI

Pencakar




       







 




  Padi mengambil masa 5 ke 6 bulan untuk matang..setelah matang tiba lah musim "MENUAI"  . Ada sesetengah orang mengamalkan upacara memuja semangat padi, tapi pak aku tak amalkan benda tahyul tu..cukup sekadar berdoa dan tawakal kepada Allah untuk di anugerahkan rezeki yang secukup nya.

               Ada beberapa cara dan kaedah menuai padi. di antara nya "MENGERAT" padi dan "MENGETAM" padi. Zaman moden sekarang ni deme guna mesin "JENTUAI". Pak aku guna kaedah "MENGERAT" padi. Alat yang di guna kan ada lah pisau mengerat padi, yang mana mata nya bergeriji seperti mata gergaji kayu, tetapi lebih halus.


Diperbuat daripada besi dan matanya bergerigi serta berhulukan kayu. Bentuknya melengkung seperti huruf C dan ia digunakan untuk mengerat padi.



          Setelah padi di kerat dan jerami di kumpul, maka tiba lah waktu "memukui padi".........


Memukui padi atau membanting padi


                   Buah padi yang telah di asingkan ini telah sedia ke proses selanjut nya ia itu "Mengangin Padi" Juga terdapat beberapa kaedah untuk mengangin padi dan di antara peralatan dan cara yang di gunakan..

Mengangin padi menggunakan angin semulajadi untuk asingkan hampa padi dan daunan kering

        

Mesin yang di reka khas untuk mendapatkan angin.

 PERHATIAN : Angin dari perut tak main ye!



           Selepas padi bersih telah di perolehi. pak aku akan masukkan ke dalam guni dan di jahit rapi kemudian akan di jual kepada peraih dan suku dari nya di hantar ke kilang untuk proses menjadi beras di Jalan Parit untuk stok makanan kami sekeluarga.

ANAK KERAPU ANAK BELANAK,
BERAS BARU MEMANG ENAK......


       Kepada mereka yang tidak tahu penat jerih untuk mendapatkan beras, pasti nasi sering menjadi pembaziran. Didiklah anak anak kita supaya sayang kepada makanan, terutama nya NASI....

                         Begitu la kaedah bersawah yang di amalkan oleh mak dan bapak aku dan terdapat banyak kaedah lain, di negeri lain yang di gunakan pada masa dahulu dan sekarang. Kalau komer berminat nak tahu, sila klik link di bawah ini : 

http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=8&totalRows_Recordset1=18&p=2&idstopic=50&idskandungan=224&mtopic=6

         
http://www.mykedah2.com/10heritage/108_5_p9.htm

              Macam biasa sepanjang musim bersawah, keroje aku hanya mencari lopak air untuk menangkap ikan, membuat jerat burung dan tikus ( pak aku ajor ), main serunai batang padi, dan bermandi lumpur. Malang nya anak anak aku tak peronah main lumpur macam aku kecik-kecik dulu......ANAK ZAMAN MODEN...

Sekian episod kali ini.....jumpe lagi di episod seterus nya kalau tak jemu ye :-))..wassalammmm...





Friday, December 14, 2012

Saga - Episod 8

                   Kali ni aku nak cerita pasei mainan paling  koman, tapi brutel. Tak perlu modal langsung, kenapa aku kata koman?? sebab tak perlu kos walau 5 duit, cume perlu sedikit usaha.Kenapa pulak aku kata "Brutel?? " Kome baca dulu baru tau. Permainan LAWAN LAGA BIJI GETAH.




Buah Getah Muda - kebiasaan ada 3 biji  di dalam nya , kalo 2 bijik tu bukan buah getah dah..:-))





Buah Getah yang masak dan gugur

Biji Getah 


  Permainan ni jarang aku tengok budak-budak sekarang main.. Sekarang lebih leka dengan "Play Station" atau " Computer Games"  Main dalam bilik, duk atas sofa yang empuk.. Lepeh tu main games sambil mencarut-carut. Permainan yang aku nak citer ni mungkin dah pupus kot. Tu yang aku nak citer ni. 


Permainan ni popular sangat-sangat masa zaman aku kecik-kecik dulu... Menariknya bermula dari mencari buah getah lagi. Selalu nya Kebun getah dekat Rumah Mak Lang Liah, sampei le kebun getah area rumah KT Pillai nun.


  

     Pergi time tengah hari baru best. Bunyi letupan buah getah yang masak dan jugak buah getah yang jatuh ke tanah memang tak siapa tahu kecuali yang join sekali. Macam biasa kawan-kawan aku macam yang aku cerita di episod lalu la. Man, Ayie, Nan Kidi dan Din Mone dan Arwah Hamzah (Al-Fatehah),adik kepada Bro Hemsem kita Rahim Jidin. Nak kutip buah getah ni,berebut-rebut bukan sebarang kutip. Kene pilih jugak,ada yang senang pecah, ada yang susah pecah. Selalu nya yang susah pecah tu la yang dicari.Ada kala terkutip buah busuk..makk aii melantung jugak bau nya. Main "salat" kat seluor je, tak dan nak basuh tangan dah.

     Nama buah getah pun ada pelbagai jenis. Ada nama Kapak, ada nama Puru... ada nama Pok Dogo. Ada yang kata getah Bengali. macam-macam adaaa!.... Semua nye ade bentuk tersendiri. Tak tahu?? Sila la tanya bapak komer atau atok komer... rugi kalau tak tahu ni...

    Sesudah kutip sebanyak seplastik, kami pun balek ke kampung, berkumpul semua di halaman rumah aku atau mana-mana tempat yang boleh melagakan buah getah ni.Setelah kami "berlawan" laga bijik getah sesama sendiri, masing-masing dah ada 3 atau 4 bijik getah yang "power"

 Pergi jumpa kawan-kawan dari kampung lain, kampung sebelah  rumah Rosli @ Li Pak Bidi, Lek Tok Man Uban dan lain-lain....macam geng gangster ( ni yang aku sebut "brutel tadi ) cuma yang bezanya.... setiap orang bawak buah getah masing-masing.


        Mula-mula OoooOO..som! dulu...sape kalah, buah getah dia jadi penahan duk di bawah. yang menang OoooOO..som tadi duk atas jadi pelaga.Lepeh tu dilagakan la buah getah tu dengan tangan. Dihempap kawasan perut tangan ke buah getah, tengok buah getah sape yang pecah.. yang pecah kire kalah.Lepeh tu gilir-gilir la... Siape yang habis buah getah dulu..dia kalah.



    Yang menang tu kire JUARA kampung la..nama akan di sebut-sebut di kalangan kawan-kawan yang lebih kurang sebaya di serata Beruas. Ada kala group dari kampung lain pun datang ajak beradu Laga Buah Getah ni. Datang dengan berjalan kaki je..

    Tu la kisah nya....Ada lagi permainan yang aku cerita lepeh ni, pasti imbau kenangan lama di kampung dulu.....Mohon rehat minda dulu ye.....papaiiiii..!




Saga - Episod 7

         Hari Sabtu dan Ahad selalu nya acara bebas. Buku sekolah belum dapat, so relek banyak. Lepas sarapan lempeng nyior, atau lepat pisang, atau paling koman biskut "mayat" ,aku dengan rakan-rakan aku, Azman Hashim ( Man ), Khairi Abd Rahman ( Ayie ) , Khairuddin Ghazali ( Din Mone ), Zainal ( Nan Kidi ) pun berkumpul untuk bincang aktiviti mainan pada hari itu. Mainan ni pun ikut musim. Di antara mainan yang kire "Top Ranking" ada lah main tuju getah. Selalu nya kedai Mamak Shariff dan anak nya Jahuba dan Barath yang terletak di bawah rumah Khairi Abdul Rahman selalu jual getah gelang beraneka warna. Beli 5 Sen ( lima duit ) dah berlambak dapat..

Mainan Tuju Getah






            CARA PERMAINAN :

        

Para Getah di bina untuk letak getah pertaruhan


            Permainan dimulakan dgn pertaruhan getah ikut bilangan yang dipersetujui..selalunya dalam bilangan 5 atau 10 utas. 


Gundu atau Tagan


                          Getah2 itu akan diletakkan di atas para tersebut yang akan di tuju/tembak menggunakan " gundu atau tagan'"...Pemain sekurang2nya 2 orang, lebih ramai lebih bagus.

Permainan dimulakan dgn melempar gundu tagan ke depan...gundu paling jauh akan mula tuju para getah dulu dari tempat gundu tagan berada. 


Getah2 yang jatuh dan tidak 'karan' akan dimiliki oleh pemain yg menjatuhkannya.


                  

      Inilah permainan aku di hari cuti Sabtu dan Ahad  sepanjang musim main getah. Sebenarnya bagi aku permainan ni agak bagus juga, kerana permainan ini ada falsafah mengira, menyusun strategi dan kemahiran menganggar sesuatu jarak dengan tepat. Ada juga unsur Melankolik apabila ada yang menangis teresak-esak disebabkan kalah. Dan adanya juga unsur riak dan takabur bagi mereka yang menang. Uiyoooo...!, gelang getah sampai siku... Memang "happening" dan pening mainan ni.....

        Banyak lagi mainan lain..nanti aku cerita di episod lain ye.....Jom , kita minummm duluu...




Saga - Episod 6

                   Hari Sabtu dan Hari Ahad ada lah hari-hari yang paling di nanti-nantikan. Maklum la dah letih ke sekolah ( heheh kununnn! ) Pada hari tersebut, aku selalu ikut mak aku basuh kain baju di sungai dekat dengan rumah Mak Lang Liah , opah kepada Nazri Abdul Rahman. Masa tu Nazri kecik bebeno lagi kalau tak silap. Sampai di lokasi, perkara pertama yang aku lihat ada lah pokok remia@kundang di pinggir sungai. Kalau ada buah, kire bonos lah. Pokok tu Tok Cik Nor , ayah tiri kepada Mohd Amir Mohd Zain punya, tapi dah di beri kebenaran untuk di ambil oleh Tok Cik Timah, mak kepada Abg Amir, 


Buah remia@kundang - jarang jumpa dah sekarang ni


                   Mak aku sure la jumpe rakan karib dia, Mak Lang Liah tu..paling tidak setengah jam bersoreh. Masa tu aku gunakan untuk kait buat remia tu. Kalau ada yang masak kire untung la, tapi selalu nya tingei yang muda-muda je. Nan Kidi ( pak sedara Fauziah Nayan ) lah selalu nya terlebih dulu melastik buah yang masak. Dia memang pakar melastik sejak kecik lagi. Ada sekali tu, mata biawak bertuko kepada guli kaca, penangan Nan Kidi..perghhh! hebat mamat tu. Burong ni jangan kire lah,,kalau ada bau bangkai tu, sah la gejala dia la tu..

                   Kebiasaan nya, di waktu pagi Wan Dewi , Opah kepada Fauziah Nayan selalu juga membasuh kain baju di sungai tu. Dan waktu tu juga Nan Kidi pun ada, jadi teman berkubang aku dalam sungai sementara menunggu mak kami selesai membasuh..Tebing sungai tu amat tinggi. Sambil mandi kami korek tebing sungai tu, buat gua la konon. Tapi selalu kene marah, takut tebing tu runtuh, tak pasei terkubur dalam tu. Tak la dalam sangat gua tu, tapi kalau nak jadi kemalangan , sapa la yang tahu. 




               Sesekali kami terjerit - jerit sebab "besi kuning" terapung lalu. Nan Kidi dengan megah nya naik ke darat lalu mencapai lastik, lalu melastik bahan kumbahan tersebut. Aku perati je le..Berkecai di kerjakan si Nan...dengan angkuh dia mengangkat tangan tanda hebat sesangat. 2 kali lestik dah mengena sasaran...Kami sambung berkubang sampai kecut segala anggota badan. Sepanjang sungai tu , dari Rumah Mak Lang Liah, bawak ke Ulu Licin terdapat banyak rumah dan juga "rumah kecik" . Tak hairan lah "besi kuning" yang hanyut tu macam kapal terobang di KLIA sibuk nya. Silap-silap hari bulan, kalau tak berhati-hati mau eksiden dengan benda tu..eeeee, loye dah aku bile terkenang. Dah jadi kebiasaan di sungai tu, dah tau peak hour benda tu lalu..so selamat sikit....

Macam ni aksi Nan Kidi sekarang ni agak nya - tengah train anak dia


                      Tiba masa untuk balek ke rumah..segala nya sudah selesai. Mak menyendeng besen berisi kain basuhan di pinggang. Aku menjinjing bekas sabun dan baldi yang berisi buah remia untuk kakak-kakak aku di rumah. Harap-harap Yang Intan aku dah tanak nasik, perut terasa lapor bila berkubang ni...Yong An aku dah tau, mesti dengan buku nya..memang dia "book worm"...Perjalanan balik melintasi rumah Wan Dewi dan Tok Cik Timah. Lepas tu melintasi jalanraya Beruas-Sitiawan..jauh juga , kira-kira dalam 1 km berjalan kaki. Tapi hati aku puas, dapat berkubang...

Kita sambung lagi nanti..nak tau apa kisah seterus nya??? stay tune ye....

             

Thursday, December 13, 2012

Saga - Episod 5

              Sebelah malam pulak, sebelum maghrib ikut bapak solat jemaah di Surau Jalan Sitiawan..dekat dengan Rumah Imam Hj. Din, bersebelahan dengan kedei Getah Pak Manap...Ada kala, time tu ternampak juge insan Istimewa yang di gelor Mat Tiga Suku. Mat ni kerje dengan Pak Manap di kedai membeli getah tu. Bile kedai dah tutup dia melepak di bawah pokok sambei menyanyi lagu Arab. Suara buleh tahan merdu, tapi ntah betui sebutan arab nye, ntah idak tak tahu le...Lengok nada nya memang ada bunyi Arab..mungkin Versi Arab Malaysian Finance le kot...

Surau Jalan Sitiawan - kini dah jadi Markas

                  Bile sampai di surau, dan time solat selepas iqamah, budak2 sebaya aku ada le dua tiga orang..yang satu kelas dengan aku pun ada..nama dia Sham anak pak Talib ( Lupe nama penuh )..aku solat sebelah dia..Masa solat kami main kuis-kuis kaki..sesekali tegelak-gelak..Masa ruku` rakaat pertama songkok aku terjatuh, Sham la yang tolong ambik dan letak di kepala aku sambill tergelak-gelak..Di mana Sham sekarang ye..?..Last aku jumpe dia di belakang Globe Silk Store Jalan TAR..cuci kereta..kesian keadaan dia masa tu...Aku sempat hulurkan dia duit buat belanje...


     Lepas habis solat, time nak balek , jenuh kena menjawab dengan bapak aku. Rupe2 nya dia perasan aku main-main sewaktu solat...agak nya bapak aku pun tak kusyuk solat time tu gamak nye. Besok nya langsung aku tak di bagi ikut ke surau..huhuuu. Dok rumah kene mula mengaji Mukadam dengan mak....Padan muke.!!


     Keesokan hari nya , hari kedua aku ke sekolah. Bapak aku juga yang anto. Begitu lah seterus nya sampai 3 hari berturut-turut. Hari ke empat aku ke sekolah dengan berjalan kaki di temani 2 org kakak aku yang juga bersekolah di SK Beruas. Aku dah tak berasa takut lagi, cume semasa nak melintas deretan rumah cina selepas rumah Tok Yakub je aku panik sikit...ada anjing beb, mau tak seram. Semasa di bawak pokok ciku di depan rumah Tok Yakub, kebiasaan nya aku akan cari kayu atau batu sebagai peneman semangat..tapi kalo kene kejor juge ntah lew..mau meraung aku...








        Begitu le keadaan nya teman ke sekolah sampei le ke Darjah seterus nya..


Ada lagi kisah di waktu sekolah rendah..banyakkkk...! nanti teman sambung cerite lagi..Nak pegii lawat kawasan jap...babaii....