Tuesday, December 18, 2012

Saga - Episod 9

                   Aku nak KIV dulu cerita pasal permainan kanak-kanak aku..Kali ni aku nak bawak komer kisah BERSAWAH PADI. Mungkin ada yang tahu, dah ada yang tak tahu betapa susah nya aktiviti bersawah ni. Betapa susah nya untuk mendapatkan beras bagi keperluan seharian. Nampak mudah, pergi kedai atau hyper market, beli sekampit dua , dah siap untuk di tanak. Bila makan nasi tak abes, buang sewenang-wenang nya. Kalau di rumah, buleh juge "lempor" ke belakang dapur buat santapan burung atau binatang lain makan. Kalau bela ayam itek, tak le membazir sangat. Tapi jangan sampai kambing atau lembu bodohkan kita sebab bagi deme tu makan nasik....

               
                      Masa aku kanak-kanak lagi, pak aku ajar aku dan anak-anak lain menghargai beras dan nasik. Dia selalu kata " kesian nasik..nanti dia merajuk, dia terobang pergi gunung bubu, lain kali kita dah tak de nasi..makan jangan "ghemah-ghemah" makan tu. "Ghemah-ghemah" tu maksud nya berterabur .

                     Disini aku akan ceritakan aktivity yang di gunapakai oleh pak aku dalam proses menanam padi. Ikut gaya tersendiri dan bukan mengikut cara moden sekarang ...Aktiviti bersawah di mulakan dengan membajak sawah. Di bendang pak aku, dia gunakan penajak, dan tidak menyewa kerbau bajak atau pun mesin bajak jenama KUBOTA sebab bendang kami tak besor mana pun..satu ekar suku je. Untuk jimatkan kos, pak aku bajak sendiri je.

Ni lah KUBOTA

                      Kubota ni di guna kan kalau tanah bendang tu luas..kalau nak gune penajak dan menajak sendiri, mau tercabut lengan. Tapi ada jugak orang gune penajak ni untuk menajak sendiri sampai ber ekar-ekar..deme tu bela hantu raya kot..hehehe ( gurau je..! )

Ini pulak Penajak

                   Penajak pak aku ni tajam giler beb! lepas menajak, dia akan asah semula gune batu asah cap Dayak. Lepas tu jangan sapa usik..dia simpan elok-elok. Pak aku ni memang cermat menyimpan peralatan dia. Maklum la, nak dapat satu pun susah.Tu yang dia cermat dan sayang sangat barangan dia. Aktiviti bersawah bermula dengan proses "MENAJAK" atau "MEMBAJAK"

                    Selesai menajak, pak aku akan sediakan satu tapak semaian padi. Di tapak ni dia akan tabur padi yang telah siap di "anginkan" . Nanti aku akan cerita proses "MENGANGIN PADI" Bermakna setiap biji padi yang di tabur ada lah yang terbaik dan berisi. Zaman tu pak aku suka tanam padi jenis "Malinja" dan "Mahsuri"

Gambar Hiasan : Anak Semaian Padi

                     Apabila anak semaian dah besor, tiba masa untuk proses mencabut semaian dan mencuci akar pokok padi supaya bersih dari tanah dan lumpur agar mudah untuk di tanam. Ini di lakukan di masa musim "MENANAM"..waktu ni aku juga turut menolong mak dan bapak aku mencuci semaian dengan mengetuk akar padi ke sebatang kalu yang di pacak bagi mengasingkan tanah dan lumpur. Ada kala aku terjerit-jerit apabila lumpur mercik masuk ke mata aku. Teraba raba mencari air bersih untuk cuci mata.

                  Setelah Semaian di cuci, aku akan ikat beberapa cekak pokok padi dan melempar ke arah mak dan pak aku yang sedang menanam. Aktiviti ini lah yang paling aku suka. Sebab kadang2 aku "mendajai" mak aku dengan membaling pokok padi hampir dengan dia. Air mercik, mak aku tension kadang-kadang tu sambil menjerit ke arah aku. Aku suka tengok gelagat mak aku..aku sekadar ingin bergurau, dan mak aku pun tahu aku nak bergurau dengan dia. Dalam keadaan penat, gurauan tu amat penting supaya tak terasa penat sangat. Dekat pak aku, tak berani la aku buat, sebab pak aku ni garang sikit. Silap2 di benam nye aku dalam lumpur..hihihih.......

Proses "MENANAM" padi


                                                                   
                Alat yang di gunakan untuk menanam padi ada lah " KUKU KAMBING"..zaman tu semua kambing hilang kuku..kesiannnnn...heheheh just kidding. Nama je kuku kambing, tapi bukan le kuku kambing betul...

Kuku Kambing
Ia digunakan untuk menanam padi. Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Sementara di bahagian hujung besi terdapat cabang seperti kuku kambing.


              Selepas proses "MENANAM" ,pokok padi perlu di jaga rapi. Proses "MERUMPUT" dan "MEMBAJA" perlu di laksanakan. Supaya pokok padi jadi subur. Alat yang di gunakan untuk merumput di panggil "KERI" atau "tajak duduk" dan "PENCAKAR". Keri di guna untuk memotong rumput, manakala pencakar di guna untuk menghimpun rumput yang telah di potong dan juga alga atau rumput-rumput apong.

Tajak Duduk @ KERI

Pencakar




       







 




  Padi mengambil masa 5 ke 6 bulan untuk matang..setelah matang tiba lah musim "MENUAI"  . Ada sesetengah orang mengamalkan upacara memuja semangat padi, tapi pak aku tak amalkan benda tahyul tu..cukup sekadar berdoa dan tawakal kepada Allah untuk di anugerahkan rezeki yang secukup nya.

               Ada beberapa cara dan kaedah menuai padi. di antara nya "MENGERAT" padi dan "MENGETAM" padi. Zaman moden sekarang ni deme guna mesin "JENTUAI". Pak aku guna kaedah "MENGERAT" padi. Alat yang di guna kan ada lah pisau mengerat padi, yang mana mata nya bergeriji seperti mata gergaji kayu, tetapi lebih halus.


Diperbuat daripada besi dan matanya bergerigi serta berhulukan kayu. Bentuknya melengkung seperti huruf C dan ia digunakan untuk mengerat padi.



          Setelah padi di kerat dan jerami di kumpul, maka tiba lah waktu "memukui padi".........


Memukui padi atau membanting padi


                   Buah padi yang telah di asingkan ini telah sedia ke proses selanjut nya ia itu "Mengangin Padi" Juga terdapat beberapa kaedah untuk mengangin padi dan di antara peralatan dan cara yang di gunakan..

Mengangin padi menggunakan angin semulajadi untuk asingkan hampa padi dan daunan kering

        

Mesin yang di reka khas untuk mendapatkan angin.

 PERHATIAN : Angin dari perut tak main ye!



           Selepas padi bersih telah di perolehi. pak aku akan masukkan ke dalam guni dan di jahit rapi kemudian akan di jual kepada peraih dan suku dari nya di hantar ke kilang untuk proses menjadi beras di Jalan Parit untuk stok makanan kami sekeluarga.

ANAK KERAPU ANAK BELANAK,
BERAS BARU MEMANG ENAK......


       Kepada mereka yang tidak tahu penat jerih untuk mendapatkan beras, pasti nasi sering menjadi pembaziran. Didiklah anak anak kita supaya sayang kepada makanan, terutama nya NASI....

                         Begitu la kaedah bersawah yang di amalkan oleh mak dan bapak aku dan terdapat banyak kaedah lain, di negeri lain yang di gunakan pada masa dahulu dan sekarang. Kalau komer berminat nak tahu, sila klik link di bawah ini : 

http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?pageNum_Recordset1=8&totalRows_Recordset1=18&p=2&idstopic=50&idskandungan=224&mtopic=6

         
http://www.mykedah2.com/10heritage/108_5_p9.htm

              Macam biasa sepanjang musim bersawah, keroje aku hanya mencari lopak air untuk menangkap ikan, membuat jerat burung dan tikus ( pak aku ajor ), main serunai batang padi, dan bermandi lumpur. Malang nya anak anak aku tak peronah main lumpur macam aku kecik-kecik dulu......ANAK ZAMAN MODEN...

Sekian episod kali ini.....jumpe lagi di episod seterus nya kalau tak jemu ye :-))..wassalammmm...





5 comments:

  1. HEBAT! HEBAT!akak dulu mengaco daun je.. ms sblom menanam,main sampan atas ayor bendang...ms nak asingkan padi n antah, akak tolong tumbuk, pakai tumbuk kaki..klw pakei tangan,bengkak ngebeh ler lengan..hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Zam berkongsi cerita sebagai anak petani di sawah padi, elok utk generasi sekarang mengetahui cara2 menghasilkan padi seterusnya nasi. Idak le tahu nya makan je...
    Sebenarnya aku pun bukan nya tahu sangat cara penanaman padi dilakukan,hihihi tahu nya beli dikedai jer.Info kome ni utk pengetahuan aku jgk.

    ReplyDelete
  3. Heheheh..tu lah dia KJ..aku lalui semua kesusahan, aku tanak anak-anak aku jadi mcm aku tapi aku juga tak mau anak2 aku tau senang je...terima kasih komen hang my pren...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ajar SUSAH tu susah...anak2 sekarang tau nak ada jer...

      Delete
  4. Blog aku ni ada Background Muzik spesel...hang try dengaq KJ..

    ReplyDelete