Monday, December 10, 2012

Saga - Episod 3

           Setelah genap usia 7 tahun, bermula lah era persekolahan, 2 hari sebelum mendaftar aku di bawa ke kedai gunting rambut Arwah Wak Khadiron oleh bapak aku, berhampiran "markit" Beruas..sebelum tu aku di jamu dengan tea "O" dan beberapa ketui kuih. Selalu nya aku pilih kuih kasturi dan donat. Setelah selesai makan aku di pimpin ke kedai gunting. Saat paling takut bile Wak Khadiron mengasah pisau cukor nye..ngilu terase di segenap anggota. Sebelum ni aku selalu memangis bila nak gunting rambut, tapi bile dah berakal dan selalu bergunting, aku tak kisah sangat. Mata terbelalak tertumpu kat cermin besor di hadapan. Harap2 kali ni Wak Khadiron tak sesah kepala aku dengan style "tempurung". Kirim salam.!!! Sama je fesyen yang aku kena sebelum ni..yang pelik, setiap kali bercukor di belakang kepala, pasti berdarah. Ada satu spot kat situ yang sangat sensitif, atau mungkin ada parut lama. Jenuh aku tenang di cermin sebelum ni, tapi tak nampak. Rambut degil kah di situ? atau ada parut sengatan tebuan? Iskkk..jenuh memikir kenapa? Alangkah baik nye kalau mata aku ada di belakang kepala, senang nak tengok....dalam hati kata lantak lah, sikit je luke nya, dan darah cepat kering....

Emsem nye aku nanti

          Tak sabor nak tunggu esok untuk ke sekolah. Unifom dah beli, kasut dan setokin pun dah beli, kasut aku kasut getah je, senang nak basuh dan kering bile kene hujan dan tak payah gune kapur kasut "batu" atau kapur cair. Lap je dengan kain burok. Tak termimpi pun kasut Fung Keong atau Bata, sebab mahal giler.. Beg rotan pun dah di beli...malam nye tak berape lena nak tido. Bapak kata nanti boleh main dengan kawan-kawan baru, tapi yang sedih nya, kawan sekampung aku ramai yang masuk sekolah GANGGA..sekolah orang putih. Aku  ke sekolah Melayu je. Tak pe lah, aku faham, mungkin sekolah Orang Putih tu mahal. Bapak aku bukan ada duit banyak. Aku terima seada nya..yang penting aku ke sekolah..


Beg sekolah rotan
           Se awal jam 6 pagi aku dah bangun. Di temani bapak aku ke telaga di belakang rumah. Ya Allah terasa sejuk la pulak nak mandi. Kebiasaan sebelum mandi aku akan "qada` hajat" dulu. Aku tak masuk ke dalam "rumah kecik" sebab itu untuk orang tua-tua je. Aku lebih selesa bertenggek di atas titi kayu yang di gunakan untuk menyeberang parit  untuk ke sawah. Dengan berbungkuskan kain di kepala dan separuh badan, aku mencangkung dengan kyusyuk. Awal pagi gelap lagi, samar-samar cahaya pelita minyak tanah je. Tak le malu sangat. Ada sekali tu, aku pernah terlelap, aleh-aleh aku dah di dalam parit tu...eeeeeee, termuntah muntah aku, nasib baik tak tertelan ayor parit tu. Bapak aku punye panik, hampir-hampir nak terjun selamatkan aku. Tapi parit tu cetek je..paras dada aku je. Di cuma hulurkan kayu untuk aku berpaut. Sambil menarik aku ke atas, dia ketawa berdekah-dekah...Ampehh!

Titi tempat aku "qada hajat"



                 Selepas mandi air telaga yang sejuk sekali, terketor ketor aku balik ke rumah di pimpin bapak aku. Giliran mak aku pulak "make up" kan aku. Siap berbedak selepung di muka, aku mana nampak...tadah muka je le. Meleleh minyak brylcream di rambut yang di belah tepi dengan rapi.  Sarapan pagi aku, nasik sejuk malam tadi, berkuahkan kicap dan telor mata kerbau, dengan perlahan mak aku suapkan ke mulut sambil mengomel memberi nasihat. Dia takut baju putih aku jadi kicap...Mak kata nanti pergi sekolah belajo rajin-rajin. Jangan cari musuh, tapi cari kawan. Jangan buat bising dalam bilik darjah, nanti cikgu denda ketok ketampi. Dengar kata dan nasihat cikgu. Tumpu perhatian semasa cikgu mengajor..bla bla bla....sambil mengunyah, aku angguk akur.




                Bapak dah menunggu dengan basikal tua nya di bawah rumah. Ready nak anto aku ke sekolah. Aku di pakaikan setokin dan kasut baru oleh mak aku. Aku terasa akulah orang yang paling kacak dalam dunia pada pagi tu. Bapak ambil beg rotan kosong lalu di ikat di carrier belakang basikal raleigh kesayangan nya. Aku di tempatkan di galang hadapan basikal. Dia takut aku terlena kalau duduk di carrier belakang, mungkin aku akan terjatuh atau tercicir. Sambil mengayuh basikal ,bapak aku bercerita dan sesekali bernyanyi untuk hiburkan aku supaya aku tak terlelap. Tapi aku buat dengar tak dengar je bila dia menyanyi..bukan sedap sangat, bukan selera aku pun. Aku rasa kalau aku nyanyi lagi merdu. Terasa tambah ngantuk lagi ada le. Aku lebih suke pandang permandangan di sekeliling laluan aku ke sekolah. Melalui titi Tok Yakub, terus ke rumah Pak Tuah dan melintasi rumah Cikgu Muhammad Harun, bapak kepada Abg Abdul Halim Muhammad. Bile melintasi sekolah Gangga, aku buat buat pandang ke kebun getah sebab aku takut ternampak dik kawan-kawan sekampung aku yang mendaftar di sekolah Orang Putih tu... mungkin aku akan di ejek....meluat aku..!


        Dah pun sampai ke Sekolah Kebangsaan Beruas....nak tahu cerita selanjut nya??? Tunggu episod 4 ye?..aku dah ngantok ..dah pukul 2 pagi...Moh tido dulu...kalau ada mood, esok aku sambung, InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment