Permainan ni jarang aku tengok budak-budak sekarang main.. Sekarang lebih leka dengan "Play Station" atau " Computer Games" Main dalam bilik, duk atas sofa yang empuk.. Lepeh tu main games sambil mencarut-carut. Permainan yang aku nak citer ni mungkin dah pupus kot. Tu yang aku nak citer ni.
Permainan ni popular sangat-sangat masa zaman aku kecik-kecik dulu... Menariknya bermula dari mencari buah getah lagi. Selalu nya Kebun getah dekat Rumah Mak Lang Liah, sampei le kebun getah area rumah KT Pillai nun.
Pergi time tengah hari baru best. Bunyi letupan buah getah yang masak dan jugak buah getah yang jatuh ke tanah memang tak siapa tahu kecuali yang join sekali. Macam biasa kawan-kawan aku macam yang aku cerita di episod lalu la. Man, Ayie, Nan Kidi dan Din Mone dan Arwah Hamzah (Al-Fatehah),adik kepada Bro Hemsem kita Rahim Jidin. Nak kutip buah getah ni,berebut-rebut bukan sebarang kutip. Kene pilih jugak,ada yang senang pecah, ada yang susah pecah. Selalu nya yang susah pecah tu la yang dicari.Ada kala terkutip buah busuk..makk aii melantung jugak bau nya. Main "salat" kat seluor je, tak dan nak basuh tangan dah.
Nama buah getah pun ada pelbagai jenis. Ada nama Kapak, ada nama Puru... ada nama Pok Dogo. Ada yang kata getah Bengali. macam-macam adaaa!.... Semua nye ade bentuk tersendiri. Tak tahu?? Sila la tanya bapak komer atau atok komer... rugi kalau tak tahu ni...
Sesudah kutip sebanyak seplastik, kami pun balek ke kampung, berkumpul semua di halaman rumah aku atau mana-mana tempat yang boleh melagakan buah getah ni.Setelah kami "berlawan" laga bijik getah sesama sendiri, masing-masing dah ada 3 atau 4 bijik getah yang "power"
Pergi jumpa kawan-kawan dari kampung lain, kampung sebelah rumah Rosli @ Li Pak Bidi, Lek Tok Man Uban dan lain-lain....macam geng gangster ( ni yang aku sebut "brutel tadi ) cuma yang bezanya.... setiap orang bawak buah getah masing-masing.
Mula-mula OoooOO..som! dulu...sape kalah, buah getah dia jadi penahan duk di bawah. yang menang OoooOO..som tadi duk atas jadi pelaga.Lepeh tu dilagakan la buah getah tu dengan tangan. Dihempap kawasan perut tangan ke buah getah, tengok buah getah sape yang pecah.. yang pecah kire kalah.Lepeh tu gilir-gilir la... Siape yang habis buah getah dulu..dia kalah.
hahha..budak zaman skrang..klw tgk..apa la agaknya komen deme??
ReplyDelete