Monday, December 10, 2012

Saga - Episod 2

        Aku di lahirkan di dalam sebuah famili yang miskin, bapa ku seorang buruh kasar JPT dan ada orang kata Jumpe Parit Terjun..tak kisah la apa pun orang nak kata, dah memang itu kerja beliau, walau pun tok aku Yusop Bin Mat Riau pernah mengkisahkan bahawa sebelum Nippon menyerang Malaya, bapak aku seorang yang pintar dalam pelajaran, dan mungkin menjadi seorang guru, namun dik kerana desakan hidup di masa Jepun, bapak aku terbantut pelajaran nya. Aku percaya cerita tok aku sebab dari gaya tulisan nya, memang cantik dan ada ciri-ciri dia seorang guru, "signature" beliau amat kreatif ..Tun M pun kalah beb!...atau mungkin itu hanya sangkaan ku saja. Yang penting dia membesarkan anak nya seramai 7 orang dengan tulang 4 kerat dan peluh jerih yang halal. Di samping itu kerja "part time" beliau ada lah sebagai pesawah.




               
              Mak aku tak pernah menyesal dengan kehidupan nye yang serba kekurangan, malah dia lah menjadi tulang belakang kepada bapak aku dalam tumbesaran anak-anak yang belum mengerti arti kehidupan. Beliau banyak memberi perangsang dan semngat kepada bapak aku, di samping membantu bapak dalam urusan keluarga. Mak aku amat mentaati bapak...mudahan ia nya menjadi tauladan dan ikutan kepada anak-anak perempuan nya. Dia sering membantu bapak aku ke sawah tanpa merasa genyi dan geli bermandikan lumpur , sedangkan mak aku ada lah "anak laut". Macam yang aku ceritakan di episod satu ,walau pun masa baru bernikah, mereka tak boleh tidur satu kelambu Tapi setelah melahir kan cahaya mata yang comel-comel ( hihihihi ) mereka berdua Ngam Ho!



              Sebagai anak lelaki yang sulung, di usia 6 tahun sering mengikuti mak dan bapak aku ke sawah apabila bapak aku bercuti atau habis kerja menebas parit. Tapi sekadar bermain lumpur sambil menangkap ikan di kala musim "menanam" . Di musim menuai, serunai batang padi lah menjadi teman aku, kadang-kadang mak aku buatkan aku serunai daun nyior, Cukup merdu untuk dendangkan di telinga adik aku Uda Kema supaya tidur di dangau berdekatan. Bile Uda dah lena, tiba masa aku merayau mencari lopak-lopak air di mana ikan terperangkap. Sesekali aku jengah ke dangau untuk lihat adik aku tido  Bile tiba waktu makan tengahari, aku lah yang paling kalut, seolah-olah aku yang letih bersawah..Bapak dan mak hanya tersenyum memerhati gelagat aku. Di rumah, kakak aku Yang Intan menjadi tukang masak..bukan susah pun, tanak nasi ,goreng telur ayam atau itik seorang sebiji, makan dengan kicap cap ayam 3 ekor  dan ada tamban masin sudah menyelarakan. Cukup untuk bertahan sampai tengahari di Sekolah Kebangsaan Beruas. Di atas lemari dah tersedia duit belanja seorang sekupang untuk Yong An dan Yang Intan. Bila habis bersawah di sekitar jam 12.00 tengahari , aku mak dan adik aku pun pulang ke rumah , sementara bapak aku sambung sampai waktu zuhur. Di sebelah petang biasa nya mak dan bapak aku je yang ke sawah. 



Kicap Cap 3 ekor ayam - favorite keluara satu masa dulu


      
Dangau 
Serunai batang padi
          Tugas aku di sebelah petang, bagi ayam itek belaan bapak aku makan dedak padi yang di beli dari kilang padi di Jalan Parit Beruas, di samping menghalau mereka masuk reban pabila senja berlabuh. Taik ayam dan itek ni aku dah tak heran, mungkin dah sebati dengan hidung aku...cume yang tak tahan "taik ayam candu" perghhhhh!...melekat 3 hari walau di sabun dengan sabun cap kapak berkali-kali.....


               Begitu lah kehidupan seharian sehingga aku masuk darjah satu di Sek. Keb. Beruas.

Ikuti kisah seterusnya.............



     

No comments:

Post a Comment