Tiba masa nama aku di panggil...Bapak aku kata, hah! cikgu dah panggil nama tu Muhammad ( pak aku panggil aku dengan panggilan Muhammad )...kaki aku terasa macam ada batu besor untuk melangkah, aku mula lengah-lengahkan masa, nak terkencing pun ada, aku cari sesuatu yang tak pasti dalam beg aku...sesekali aku toleh wajah bapak aku, dia dah mula mengetap bibir, mata pun dah jadi mcm mata drakula...dengan berat hati aku melangkah, tapi mata aku toleh ke belakang memerhati bapak aku..mata nye nampak lagi besor..aku kuatkan iman sambil melangkah..tiba-tiba aku terlanggar sesuatu..rupa-rupa nya aku dah terlanggar cikgu Ema..guru Kelas yang memanggil nama aku tadi. Aku jadi panik..aku dongak tenung wajah cikgu Ema yang putih melepak, sambil tersenyum memerhati gelagat aku dari tadi. " Muhammad Zameri Bin Yacop ye ? " Suara nya kasar tetapi lembut. Aku angguk kepala tanpa berkata. Di hulurkan tangan lalu di pimpin aku kedalam bilik darjah dan di tempatkan di barisan no dua, meja no 3 bertentangan tingkap. Aku duduk kaku sambil tangan aku sesekali menenyeh mata yang tak gatal, tapi terasa macam ada sesuatu yang nak terbit dari mata aku..Aku pandang ke luar tingkap, aku dapati bapak aku masih tercegat berdiri di bawah bumbung kantin Pak Zam sambil tersenyum tawor......
Hampir 3 jam lebih baru semua dapat di kumpulkan, mana tak lama, ada seorang budak buat hal...lari keliling padang sebab tak mahu masuk kelas. Jenuh di kepung akhirnya dapat di "tangkap" lalu di dukung oleh mak nya masuk ke kelas. Tak pasei-pasei mak nye masuk darjah satu balek...
Cikgu Ema memang seorang guru yang pandai mengawal keadaan, pandai memujuk dan pandai ambil hati, kawan-kawan baru aku cepat jadi mesra. Jam dah pukul 10:00 pagi, waktu rehat..Cikgu Ema lepas kan seorang demi seorang keluar bilik darjah untuk mendapatkan waris masing-masing untuk di bawa makan. Hari pertama aku di beri makan mee goreng dan cucor kucai Pak Zam oleh bapak aku..dia pun tumpang "sekaki". Tapi aku nampak mee goreng dia berkuah. Kenapa aku punya tak de kuah.?? Naluri seorang bapa memang sensitif terhadap anak nya. Dengan sepontan di menyuap aku sesudu mee goreng berkuah. Terasa macam kuah laksa la pulak..Dalam hati aku berkata.."emm sedap!!!"
Kuat daya ingatan hang ye Zam...
ReplyDelete